Jumaat, 25 September 2015

Bonding session

Assalammualaikum and hi!

Raya haji + cuti study week jadinyaa harus lah hakak balik alor gajah menemui ayah bonda terchentaa hikss!

Hakak punya akak sekarang ni join jk1m, jadi untuk support dia aku pun kenalah bagi semangat walaupun kadang2 malas je nak layan dia bila dia tanya pasal fitness bagai. Jadi semalam cerita punya cerita aku pun ajak lah 'haa jom naik broga nak'

And yess hari ni (25/09/2015), kitaorang 5 beradik berjaya sampai atas bukit broga tu. Memula plan nak pegi dalam pukul 4pagi tapi bila masing2 liat nak bangun jadinya 4.45pagi baru gerak dari rumah.

Masuk tol simpang ampat then keluar kat bandar mahkota, bangi. Dari situ kita orang guna waze je sebab aritu waktu hakak pegi dengan kawan hakak tido kat belakang, dah sampai baru bangun lol arin. Ada jugak lah salah jalan sebab aku salah bagi direction kat abang, kena bebel gak lah.

Memula sampai tu takde orang sangat, mungkin sebab sekarang cuti raya haji jadi orang balik kampung. Ktorg sampai dlm pukul 6 cmtu, siap2 semua terus naik. Hakak ni semput + saiz badan pun comel gitewww jadi agak lambatlah naik tu. Ada lah dlm 3kali aku amik inhaler aku tu, sama macam waktu pegi dengan kawan aritu. Makin lama makin sejuk tauu, lagi2 waktu pagi memang sejuk gilaa.

Banyak berhenti jadi dah terang baru sampai puncak pertama. Kat situ crowded jugak lah sebab orang banyak rehat, ambil gambar semua. Kita orang lepak jap lepas terus daki lagi sampai puncak kedua, waktu tu dalam pukul 7 tak salah. Rehat2 then proceed ke puncak ketiga tapi aku dengan akak je, abang aku gelap2 lagi dah sampai puncak siap tido lagi. Adik lagi 2 orang malas nak ikut.

Sebab aku adik yang baik jadi temanlah akak naik sampai puncak, and yess we did it! Aritu waktu pegi dengan kawan aku tak naik sampai puncak ketiga sebab ramai gilaa orang, kebetulan hari cuti. Kita orang cuma naik sampai puncak kedua lepas tu cari kawasan lawa sikit, lepak situ tunggu matahari terbit celah gunung tok wan.

Mampu sampai bukit broga je, insha Allah lain kali nak cuba daki sampai gunung tok wan pulak :)

Lepak, rehat jap pastu ambil gambar then turun. Bagi aku turun lagi mencabar dari naik sebab curam, tanah pulak licin sebab pagi tu hujan renyai2 sikit tapi alhamdulillah sampai jugak kat bawah. Terus balik dan sampai je rumah memasing terus pengsan hahaha but its really wonderful bonding time dengan adik beradik, 5 of 8 kira okayy lah sebab yang lagi 3 orang tu dah kahwin ada anak semua jadi payah lah nak ajak. Along balik kampung + dia pregnant 8month tak salah, angah kerja, abang boy pun kerja. Takpe insha Allah lain kali bila semua ada nak naik lagi, nak bawak afham pulak heheh !

Ok ok, dah cukup. Banyak dah bebel ni. Jaga diri, jaga iman. Moga Allah jaga kita semua :)

Thank you for reading this entry!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan