Assalammualaikum & hai :)
aku ingat lagi, off day intern waktu diploma beberapa tahun lepas atin datang lawat aku dekat port dickson huhuh mati2 hidup aku ingat dia datang melawat sebab rindu tapi kedatangan dia bawak sebuah berita yang mengandungi ujian Allah untuk aku, paling takleh bla bila dia reveal benda tu tengah makan weyhh hahah gigih k sis tahan air mata taknak nangis depan dia tapi otw balik tu dalam kereta memang aku diam je. sampai rumah mandi solat then tunggu kak zura balik kerja nak share dengan dia sebab dia paling rapat waktu tu. ayat pertama aku bila dia masuk bilik "kak zura, abang **** nak kahwin" dan terus aku nangis teresak2 macam budak kecik. kak zura cuba pujuk tapi makin mendayu air mata turun. ayat kak zura yang aku masih ingat sampai sekarang " arin kena kuat, arin kena tunjukkan dekat dia arin boleh walaupun dia takde" dan esok tu dekat tempat kerja memang takde nafsu langsung huhuh mujur waktu tu hotel tak sibuk sebab takde function dan kebetulan kerja shift petang sampai mas (staff hotel) perasan dan tegur.
aku minta izin nak masuk stor sebab serabut sangat. decide nak call ibu, cerita semua dekat ibu. air mata jatuh macam air hujan tau hahah lepastu kebetulan waktu tu hujan juga lagi sayu hati. itu kali pertama aku nangis bila tahu abg A nak kahwin huhuh dan kali terakhir hari nikah dia. hari nikah dia aku tengah kerja tau dekat kfc, dengan customer ramai lepastu aku masuk stor juga dan panggil wieta suruh dia hug aku sambil aku suruh dia cakap "arin kuat, semua akan baik2" sebab aku tahu dia nikah lepas isya dan2 pulak aku tengok jam waktu tu. and yes itu kali terakhir aku nangis untuk lelaki yang aku kenal dari form 5 sampai habis diploma.
sungguh, dia didatangkan Allah dalam hidup aku tak lain untuk aku peroleh sesuatu dan pengajaran dalam hidup aku. alhamdulillah, aku nampak hikmah tu sekarang. aku tak pernah berdendam dengan abg A sebab dialah aku adalah aku hari ini, dan aku masih berkawan dengan dia kadang ada soalan soal agama aku akan whatsapp tanya tapi sebolehnya aku tahan diri dari bertanyakan apa2
and u know what? tiap kali aku ada benda nak tanya dia, Allah bantu aku jumpa jawapan dalam cara yang aku tak sangka. sumpah happy gila, rasa bersyukur sangat Allah tolong.
.
.
.
itu beberapa tahun lepas aku tahu mengenai perkahwinan abg A, dan beberapa bulan lepas aku tahu org yang aku suka dari darjah 2 nak kahwin hahah yes kita bertepuk sebelah tangan je huhuh. tapi dalam berkawan dengan abg A aku stop admire dekat A ni, lepas dah takde apa2 dgn abg A baru crush balik dekat A hahahah bengong betul.
sekali lagi Allah uji. kalau sebelum ni waktu diploma, sekarang degree pula. Allah Allah waktu dapat kad kahwin tu jantung laju gila, sesak nafas sangat. exactly rasa yang sama waktu aku tahu abg A nak kahwin beberapa tahun lepas. dia bukan nangis sebab sedih kena reject ke apa tapi ntah nangis tu cuma Allah yang tahu sebab dia
.
.
2 kali Allah uji soal hati ni, dan untuk kali kedua juga aku masih tidak bertanyakan kenapa sebab aku tahu ada sebab kenapa Allah uji aku. ohh helloooo, dekat luar sana ramai lagi yang maha dasyat ujian yang Allah bagi, takat aku ni apalah sangat
.
.
bahkan aku bersyukur Allah masih sudi pilih aku untuk diuji. cuma kadang bila syaitan menghasut sedih tu akan datang dan persoal kenapa tapi selalunya bila aku dalam keadaan macam tu cepat2 aku pujuk diri untuk bersyukur dengan nikmat lain yang Allah dah bagi
.
.
cukup dah kot, panjang pulak kita bebel heheh. rasa nak tulis, kita tulislah dah kebetulan depan laptop ni hehe. mohon doakan semua urusan saya dipermudahkan selepas ni, insha Allah minggu depan VIVA then habis degree. nervous tapi tak sabar nak habis belajar hahah
.
.
dan degree ni juga salah satu hadiah dari Allah untuk ujian hati yang tak seberapa ni, alhamdullilah ya Rabb untuk anugerah terindah ni =)
Thank you for reading!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan