Allah ciptakan setiap individu didunia ini berpasang-pasangan. Bila jodoh itu akan sampai ianya akan tetap menjadi RAHSIA Allah. Selalu dengar orang cakap jodoh itu rahsia bukan dan disebabkan jodoh itu rahsialah kita perlu berdoa, berusaha dan bertawakal dengan segala ketentuan yang telah ditetapkan sejak kita berusia 4 bulan lagi didalam kandungan ibu kita.
Bagaimana kita ingin mendapatkan jodoh yang baik ?
Jalan yang kita ada ialah dengan Berdoa, berdoa dan minta kepada Allah supaya kita dipertemukan dengan jodoh dan insan yang boleh membimbing kita ke jalan yang diredhai.
Cara kedua yang kita boleh lakukan dalam pencarian mencari bakal imam/makmum ialah dengan Usaha. Usaha yang bagaimana ? Dalam pada kita berkawan dengan pelbagai manusia didunia ini kita perlu berusaha mencari disamping dengan izin dari Dia.
Dan jalan terakhir yang kita ada hanyalah Bertawakal dan berserah kepada Dia dan yakin dengan Qada dan Qadar yang telah tertulis setelah berdoa dan berusaha untuk mendapat yang terbaik dari kalangan yang terbaik.
Sebab itu sebelum kita meminta yang terbaik, kita mesti siapkan diri kita menjadi yang terbaik terlebih dahulu. Jika sudah berusaha dan masih belum berjumpa dengan yang sesuai maknanya Allah nak kita lebih berusaha dan perbaiki diri kita dulu. Yakin dengan Allah sebab Janji Allah itu pasti !
Allah S.W.T berfirman,
“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)
** dunno why kali ni entry ni agak berlainan dari entry yang sebelumnya. Sebenarnya ni copy paste dari diary aku, just share apa yang aku rasa aku nak share. Well tak semua benda kita boleh share dekat laman sosial bukan ? Bagi aku ada had bila nak share hal2 berunsurkan peribadi kat facebook, twitter, blog dan sebagainya. Janji kita kena pandai berfikir dengan menggunakan akal yang Allah bagi !
** Lama dah tak menulis karangan panjang sejak habis sekolah, jadi aku rasa banyak penggunaan ayat yang tak berapa sesuai. Ni kalau bagi cikgu bm aku semak ni, confirm dapat cukup makan jee.
Back to main topic. Insha Allah, kita doa, kita usaha dan berserah Allah akan bantu kita. Kita yakin, Allah tolong. Kita percaya, Allah jaga. Kita berusaha, Allah permudahkan. Amin.
Thank you for reading this entry !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan